Friday, August 7, 2009

1st Assignment : "Problem"


Masalah yang tak dapat diselesaikan????
Apakah masalah yang tak dapat diselesaikan dalam dunia ni? Benarkah wujud masalah yang tak dapat diselesaikan? Huh… penat sungguh memikirkannya.. pada saya, apa jua masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya. Bukankah begitu? Saya pasti, tentu ada sesiapa di luar sana yang menyangkal dan tidak bersetuju dengan pendapat saya. Namun begitu, persoalan ini masih bersifat fleksibel dan ia terbuka kepada pandangan yang berbeza.

Baiklah, cuba kita melihat pada suatu sudut pandangan di mana apa yang kita anggap sebagai masalah yang tak dapat diselesaikan itu, kita jadikan suatu hal yang hanya pada kebetulan sahaja ia tak dapat diselesaikan.. ia bermaksud di sini, masalah itu sebenarnya boleh diselesaikan dan ada jalan penyelesaiannya, tetapi hanya pada keadaan dan situasi tersebut, hal itu menjadi suatu perkara yang tidak dapat diselesaikan. Ini menunjukkan gerak balas yang berlaku disebabkan oleh terdapat pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dimanipulasikan dalam hal tersebut.

Cuba bayangkan anda adalah sebagai seorang pencinta seni yang mengembara ke merata tempat, yakni di atas bumi Allah ini, untuk mencari suatu kepuasan dalam hidup anda.. hingga sanggup merantau jauh ke negeri orang. Bukan ada tujuan khusus seperti atas urusan perniagaan atau yang sewaktu dengannya, tetapi anda hanya pergi merantau untuk menikmati nilai kesenian dan budaya yang ada di tempat orang.

Misalnya, anda ingin ke Perancis, di sana anda ingin pergi ke satu muzium di Djon, France walaupun sebenarnya anda sudah pernah ke tempat itu. Anda pergi seorang diri, membawa segala apa yang diperlukan, barang peribadi dan juga segala peralatan anda, pendek kata semuanya lengkap. Tetapi kedatangan anda kali ini seperti tidak dialu-alukan. Anda menghadapi suatu kesusahan yang anda sendiri tidak pernah menduga bahawa ia akan terjadi kepada anda. Ketika berada di sana, dalam perjalanan ke tempat yang dituju anda menaiki sebuah van bersama dengan beberapa orang lelaki berbangsa Perancis. Tiba di suatu simpang, berhampiran dengan padang yang luas dan lapang.. anda disuruh turun di situ dan diugut untuk dicederakan sekiranya tidak mengikut apa yang mereka kehendaki. Semua barang anda diambil termasuklah kamera peneman anda, jam tangan, wang dan juga komputer riba anda. Anda tinggal sehelai sepinggang dengan hanya berpakaian.

Anda tidak mampu berbuat apa, namun anda teruskan jua dengan niat untuk mengunjungi muzium tersebut. Anda berjalan kaki, dengan tekad untuk sampai ke muzium itu. Setibanya anda di sana, anda sangat bersyukur kerana dapat juga sampai ke tempat itu walaupun kehilangan barang-barang berharga anda. Anda masih berasa gembira..

Anda masuk ke dalam, meninjau ke segenap pelosok ruang muzium itu.. tiba-tiba mata anda terpaku melihat suatu hasil karya yang sangat cantik, mata anda mengamatinya dengan penuh cermat, meniti ke seluruh permukaan dengan penuh perasaan kagum. Ia adalah ‘Majorlica Pottery ’. Tembikar dari abad pra 1600 m. Anda bermonolog sendirian. Memikirkan tentang kehalusan dan nilai estetika yang ada pada karya tersebut. Anda sangat teruja sehingga berkhayal melayani perasaan.

Tiba-tiba… anda tersentak apabila ada seorang yang menepuk bahu anda.. anda terkejut dan terdorong ke hadapan.. tangan anda yang menyentuh permukaan tembikar tadi tertolak ke hadapan dan…. Tembikar itu tersesar ke sisi dan kemudian jatuh ke lantai… retak… pecah… dan terbelah… anda terpaku tanpa berkata sepatah dan tidak berbuat apa. Tergamam dan terkelu…..

Daripada situasi tersebut, apakah yang dapat disimpulkan? Dalam situasi seperti ini, apa yang berlaku boleh lah kita katakan sebagai suatu masalah yang tak dapat diselesaikan. Anda tidak berniat dan secara tidak sengaja telah menjatuhkan tembikar tersebut. Lagi pula, bagaimana ia terjatuh… adalah disebabkan seseorang telah menepuk bahu anda sehingga menyebabkan anda tersentak dan kemudian tindakan refleks pun berlaku. Persoalannya, siapakah yang sepatutnya dipersalahkan? Dan bagaimanakah dengan tembikar koleksi muzium itu? Apakah penyelesaian untuk masalah ini?

Untuk mengembalikan semula tembikar yang telah pecah itu, sudah tentu tidak boleh… tembikar itu telah pun jatuh.. dan tak dapat diselamatkan lagi. Yang boleh dilakukan hanyalah menyimpan serpihan tembikar itu. Dan sekiranya anda tahu jawapan kepada siapa yang harus dipersalahkan…. Maka pasti masalah ini dapat diselesaikan. Dan sekiranya anda lah yang disabitkan bersalah, tentu anda tidak dapat berbuat apa-apa kerana dalam keadaan tersebut, anda tidak mempunyai apa-apa harta sebagai ganti rugi, apatah lagi wang untuk membela dan membebaskan diri anda dari disabitkan!!..

Dan apakah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini???

~ kesimpulan yang boleh saya buat ialah…. Setakat ini, masalah tersebut memang tak dapat diselesaikan. Dengan andaian ceteris paribus… jika pemboleh ubah dimanipulasi itu kita ubah kepada suatu keadaan yang lain .. maka mungkin atau pasti… masalah ini dapat diselesaikan..
just thinking of logical idea..